Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Serangan bom pengganas di sebuah bandar lama ibu kota Sanaa telah menyebabkan seorang terbunuh manakala 3 yang lain cedera. Berasaskan laporan ini, lima serangan bom terjadi pagi tadi di kawasan penduduk Syiah.
Menurut penduduk tempatan, salah satu bom berjaya dimatikan oleh pejuang Ansarullah sebelum meledak.
Hingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab. Namun sejak bulan September lalu, rangkaian al-Qaeda yang dibantu puak pemberontak tempatan telah melakukan banyak serangan ke atas pejuang Houthi.
Ansarullah merupakan gerakan puak Houthi yang paling berpengaruh dalam politik Yaman. Ogos lalu, puak Houthi menganjurkan demonstrasi aman sehingga berjaya dalam tuntutan kesejahteraan sosial dalam masyarakat.
Demonstrasi tersebut berakhir dengan kesepakatan antara kerajaan dan gerakan Ansarullah di mana sebuah kabinet baru telah dibentuk dengan 36 anggota.






...............